ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI BAHAWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERI KEMAMPUAN MENGIKUTINYA. DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHAWA YANG SALAH ITU SALAH DAN BERIKAN KEMAMPUAN MENJAUHINYA.

AMIN YA RAHMAN YA RAHIM

Sabtu, 9 Januari 2010

Sayang, jadilah darwis (2)

Seorang darwis sedang berdoa. Seorang pedagang lagi hartawan, memerhati darwis yang begitu khusyuk dan ikhlas dengan doanya telah menyentuh jauh di sudut hati pedagang tadi. Maka, pedagang pun menawarkan darwis seuncang wang emas. "Aku tahu yang kamu akan membelanjakan wang ini ke jalan Tuhan. Ambillah."

"Sebentar." balas darwis. "Aku tak pasti sama ada boleh atau tidak aku terima wang ini. Adakah kamu seorang hartawan? Kamu ada banyak wang lagi di rumah?"

"Ya. Aku punya beribu-ribu keping lagi wang emas di rumah," jelas pedagang dengan bongkaknya.

"Kamu mahu seribu keping wang emas lagi?" tanya darwis.

"Sudah tentu ya! Setiap hari aku kerja keras untuk dapatkan lebih banyak wang."

"Dan adakah kamu inginkan sesuatu yang lebih dari seribu keping wang emas?"

"Tentu. Setiap hari aku berdoa moga aku peroleh sesuatu lebih dari wang emas."

Darwis kembalikan uncang tadi kepada pedagang. "Maafkan aku, tapi aku tak boleh ambil wang kamu," katanya. "Seorang hartawan takkan terima wang dari pengemis."

"Bagaimana kamu boleh panggil diri kamu hartawan dan aku pengemis?" pedagang bercakap dengan laju.

Darwis pun membalas, "Aku hartawan kerana aku bahagia dengan apa yang Tuhan berikan padaku. Kamu seorang pengemis, kerana sebanyak mana pun harta kamu, kamu tak pernah puas, dan kamu selalu mengemis pada Tuhan untuk dapat lebih lagi."

-Sheikh Muzaffer-