ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI BAHAWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERI KEMAMPUAN MENGIKUTINYA. DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHAWA YANG SALAH ITU SALAH DAN BERIKAN KEMAMPUAN MENJAUHINYA.

AMIN YA RAHMAN YA RAHIM

Jumaat, 15 Januari 2010

Bintang

dirakam oleh Emir Tulus

Itukah bintang yang kulihat
Pada malam seribu rahmat?
Bintang kejora serlah sinarnya
Bagai petunjuk hati gundah gulana?

Jika itulah bintang
Di padang ini ku bentang
Rasa yakin lagi teguh
Di sujud ini bersatu jasad dan roh!

Tuhan Maha Esa
Maha Pengasih Maha Penyayang
Demi cintaMu
Keraguan ini ku lempar buang.

Tenangkanlah jiwa kami
Sepertimana wahyu suci
Padukanlah cinta kami
Sebagaimana zikir Sufi.