ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI BAHAWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERI KEMAMPUAN MENGIKUTINYA. DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHAWA YANG SALAH ITU SALAH DAN BERIKAN KEMAMPUAN MENJAUHINYA.

AMIN YA RAHMAN YA RAHIM

Cinta

 

Takkan selamanya tangan ini mendakapmu
Takkan selamanya raga ini menjagamu

Seperti alunan detak dan rentak jantung
Yang takkan bertahan melawan waktu
Semua keindahan akan pudar
Atau segala rasa yang bakal menghilang

Tak ada yang abadi
Benarkan aku bernafas sejenak
Sebelum menghilang
Jiwa lama akan pergi
Bersiaplah jiwa baru sebagai pengganti

 ~Syeikh Siti Jenar~

*******

Apapun terjadi
Berjalanlah tanpa henti.

Cinta perlukan kepercayaan
Sepertimana kau percaya tentang Wujud
dan Perkasanya Tuhanmu.

Cinta perlukan pengorbanan
Sepertimana kau berkorban
Untuk turuti takdir yang telah ditetapkan buatmu.

~Syeikh Siti Jenar~