ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI BAHAWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERI KEMAMPUAN MENGIKUTINYA. DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHAWA YANG SALAH ITU SALAH DAN BERIKAN KEMAMPUAN MENJAUHINYA.

AMIN YA RAHMAN YA RAHIM

Rabu, 12 Oktober 2011

Benar


Bagaimana bisa aku mengatakan tahu
Sedangkan pengetahuan itu adalah milikMu.

Aku mencari kebenaran.
Dirangkumi dan merangkumi kebenaran.
Kebenaran itu rahsia.
Ada di dalam sini, tersembunyi di gua ini.

Kekasihku yang kucintai.
Teguhkanlah cinta ini dengan kasih sayang.
Ikhlas dari hati.
Jangan Kau biarkan aku diselubungi
manusia-manusia bongkak yang mempertahankan kebenaran
mereka masing-masing.
Sejukkanlah api yang menyala.
Sangkarkanlah sang merak yang angkuh.
Jatuhkanlah aku hingga sujud tidak terbangun lagi.

Segalanya adalah Kamu!