ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI BAHAWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERI KEMAMPUAN MENGIKUTINYA. DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHAWA YANG SALAH ITU SALAH DAN BERIKAN KEMAMPUAN MENJAUHINYA.

AMIN YA RAHMAN YA RAHIM

Khamis, 14 Januari 2010

Solace, Ketenangan, Inshirah


But lo! with hardship goeth ease,
Lo! with hardship goeth ease;

Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.

Kur'an 94 : 5-6

Rabu, 13 Januari 2010

Selawat syifa


ehsan youtube

Ya Allah, selawat ke atas Muhammad
Rawatan hati-hati dan penawarnya
Dan kesihatan jasad-jasad serta penyembuhnya
Dan cahaya kepada penglihatan-penglihatan dan penyuciannya
Dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya.

Isnin, 11 Januari 2010

Cinta

Sepohon kurma :

Pucuknya ialah syariat
Pelepahnya ialah tarekat
Batangnya ialah hakikat
Zat yang mengalir ialah makrifat
Buah yang masak ranum ialah rahmat.


Inilah kewujudan manusia
Dan Tuhan Yang Maha Esa
Pabila sempurna
Itulah cinta.

Sabtu, 9 Januari 2010

Cinta Sejati


Setiap kita adalah pengembara
Dalam perjalanan menuju Yang Esa
Baik dan jahat ditarikNya jua
Pasti kembali dengan paksa

Orang yang buta terhadap Tuhannya
Kembali itu tidak ia rela
Tapi bagi yang tahu hakikatnya
Kembalilah ia dengan rela

Orang yang buta terhadap Tuhannya
Ibarat bayi cintakan ibu kerana susunya
Tapi orang yang celik terhadap rahasia Tuhannya
Menyerahkan jiwanya kepada Dia semata

Si bayi tidak melihat kecantikan ibunya
Cantik atau buruk tidak dipedulinya
Apa yang penting ialah susunya
Itulah saja yang dikehendakinya

Cinta sebenar terhadap ibu
Bukanlah cinta kepada susu
Bukan susu hendak dituju
Tujuannya si empunya susu itu

Kalau ada cintakan Tuhan
Bukan cinta kerana ganjaran
Bukan cinta kerana paksaan
Tetapi cinta rela bukan sesuatu diharapkan.

~Jalaludin Rumi~

Devotion & Sincerity


Missing
You
My life :
The mother of sincerity.

Here
The time
Remembrance of wujudiyah
The rhymes of ubudiyah
The song from choir of old chapel
The dark side of heart
Crying
Regret
Missing
You
My life :
The mother of sincerity.

Sayang, jadilah darwis (2)

Seorang darwis sedang berdoa. Seorang pedagang lagi hartawan, memerhati darwis yang begitu khusyuk dan ikhlas dengan doanya telah menyentuh jauh di sudut hati pedagang tadi. Maka, pedagang pun menawarkan darwis seuncang wang emas. "Aku tahu yang kamu akan membelanjakan wang ini ke jalan Tuhan. Ambillah."

"Sebentar." balas darwis. "Aku tak pasti sama ada boleh atau tidak aku terima wang ini. Adakah kamu seorang hartawan? Kamu ada banyak wang lagi di rumah?"

"Ya. Aku punya beribu-ribu keping lagi wang emas di rumah," jelas pedagang dengan bongkaknya.

"Kamu mahu seribu keping wang emas lagi?" tanya darwis.

"Sudah tentu ya! Setiap hari aku kerja keras untuk dapatkan lebih banyak wang."

"Dan adakah kamu inginkan sesuatu yang lebih dari seribu keping wang emas?"

"Tentu. Setiap hari aku berdoa moga aku peroleh sesuatu lebih dari wang emas."

Darwis kembalikan uncang tadi kepada pedagang. "Maafkan aku, tapi aku tak boleh ambil wang kamu," katanya. "Seorang hartawan takkan terima wang dari pengemis."

"Bagaimana kamu boleh panggil diri kamu hartawan dan aku pengemis?" pedagang bercakap dengan laju.

Darwis pun membalas, "Aku hartawan kerana aku bahagia dengan apa yang Tuhan berikan padaku. Kamu seorang pengemis, kerana sebanyak mana pun harta kamu, kamu tak pernah puas, dan kamu selalu mengemis pada Tuhan untuk dapat lebih lagi."

-Sheikh Muzaffer-