Bila Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadi pendengarannya, penglihatannya, lidahnya, tangannya dan kakinya. Maka oleh-Ku dia mendengar, oleh-Ku dia melihat, oleh-Ku dia bicara, oleh-Ku dia marah dan oleh-Ku dia berjalan
Halaman
ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ
YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI BAHAWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERI KEMAMPUAN MENGIKUTINYA. DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHAWA YANG SALAH ITU SALAH DAN BERIKAN KEMAMPUAN MENJAUHINYA.
AMIN YA RAHMAN YA RAHIM
Jumaat, 6 Ogos 2010
Cahaya Cinta Hakiki
Menghitung setiap ksana
Menjejak zarah-zarah membentuk jasad
Asalnya tetap fana - cahaya.
Abadi. Hakiki.
Hanya dia.
Dari mataku memerangkap cahaya dunia
Tanpa gangguan fantasi
Menghalusi nama demi nama hingga sehalusnya wujud
Menerangi siang fikirku jadi matahari
Mengindahkan malam akalku jadi purnama
Jauh di sudut hati engkau cahaya bintangku
Bersinar selamanya lagi nyata
Jasad binasa tinggal cuma roh
Menyatu aku dengan engkau
Jadilah kami.
Segala wujud adalah engkau.
Aku ini tiada daya.
Hanya cinta darimu, aku di sini.