ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI BAHAWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERI KEMAMPUAN MENGIKUTINYA. DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHAWA YANG SALAH ITU SALAH DAN BERIKAN KEMAMPUAN MENJAUHINYA.

AMIN YA RAHMAN YA RAHIM

Sabtu, 27 Februari 2010

Sajak Cinta Kasih Sayang

Tuhan Maha Esa
kurniakan zat kasih sayangNya
pada Adam dan Hawa
di taman firdausi
indah segala
tiada sangsi.

Kesilapan
itu yang dilakukan Adam dan Hawa
lalu dicampakkan ke bumi.
Berpisah - menangis kesal
tiga ratus tahun.
Tiga ratus tahun penyesalan
menuntut keampunan.

Dari Sri Lanka
akhirnya di Arafah
Adam dan Hawa bertemu
atas nama cinta Yang Satu
terhapus kesal dengan kemaafan
berserta zat kasih sayang Tuhan.

Cintaku,
itulah warisan Adam dan Hawa
yang kita terima
yang dibenih
dari satu generasi ke satu generasi
dari akar tertanam dalam bumi
mengalir ke kelopak mawar
terhasil merbak harum
kembali mewangi taman firdausi.

Pupuklah kemaafan di hati
moga dikurnia bahagia abadi
membawa bersama cinta suci
tulus lagi ikhlas kerana Illahi.