ﺑﺴﻢﷲاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ

YA ALLAH, TUNJUKILAH KAMI BAHAWA YANG BENAR ADALAH BENAR DAN BERI KEMAMPUAN MENGIKUTINYA. DAN TUNJUKKANLAH KEPADA KAMI BAHAWA YANG SALAH ITU SALAH DAN BERIKAN KEMAMPUAN MENJAUHINYA.

AMIN YA RAHMAN YA RAHIM

Jumaat, 18 Disember 2009

Bumi Tak Nyata

dirakamkan oleh Emir Tulus

Petang nanti
aku bayangkan langit jadi ungu
hutan jadi kuning
laut jadi merah jambu.

Rona-rona ini
aku bancuhkan ke dalam
biskut kegemaranmu.

Agar hidup lebih saikedelik!

Ahad, 13 Disember 2009

Dram


Sebagaimana jantung pada manusia,
begitulah dram pada lagu.

Tang!
Terketuk hatiku oleh paluan cinta abdi.



Dia Mahu Filem!


Perempuan.
Hujan.
Kematian.

Abror Rivai.



Rabu, 2 Disember 2009

Maha


Dengan nama tuhan yang maha esa,
tuhan yang maha berkuasa atas nama cinta,
dia yang wujud, yang ada pada yang tiada,
punya maha kesaktian,
punya maha keagungan,
maha memiliki segalanya!

Kita tiada sedikit pun daya,
walau diberi tugas hamba sahaya.